Thursday 14 November 2019

Wowww!!!Lost World Of Tambun Telah Bekerjasama Dengan Barbie Dan Hot Whee Sempena Cuti Sekolah.Percutian Yang Pasti Menyeronokkan!!!




Assalamualaikum korang..
Musim cuti sekolah dah tak lama kan??Korang dah bersedia untuk meneroka sesuatu yang menakjubkan terutama untuk anak-anak kesayangan korang!! Inilah tempat yang tidak akan menyecewakan anak-anak korang iaitu di Lost World Of Tambun yang akan menjadi taman tema pertama yang bekerjasama dengan Hot Wheels dan Barbie bagi menyambut kedatangan para pengunjung untuk meneroka kembali zaman kanak-kanak, yang akan bermula dari 23 November sehingga 31 Disember 2019.



Barbie – “You Can Be Anything”


Bagi korang yang mempunyai anak perempuan inilah masanya untuk jelajah Barbie ‘You Can Be Anything’ bersempena 60 tahun yang memberikan inspirasi tanpa batas kepada anak perempuan korang. Hari ini, Barbie mencetuskan imaginasi dengan kerjaya yang menarik, fesyen yang menyeronokkan dan memberi inspirasi serta potensi tanpa batasan kepada setiap anak perempuan korang.




Di Lost World Of Tambun, korang berpeluang untuk mengambil gambar di rumah impian kerjaya Barbie serta meneroka kerjaya yang berbeza dalam zon ‘You Can Be Anything’ untuk berdandan.Anak korang juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjaya yang paling ikonik Barbie telah dipegang sejak 60 tahun yang lalu.Anak -anak korang akan terpesona dan merasa kagum dengan ruang seni dan juga kawasan almari Barbie.Personakan anak-anak korang dengan ruang seni dan almari Barbie.Selain daripada ‘Meet and Greet’,korang juga berpeluang untuk menikmati parti minum petang bersama Barbie!Seronok kan,anak perempuan korang mesti seronok dengan cuti sekolah mereka kali ini.









“Selama 60 tahun, Barbie adalah gadis yang berjaya, memberi inspirasi kepada pelbagai generasi untuk mempercayai dan memberikan mereka dengan pelbagai pilihan. Lebih daripada 200 kerjaya, bertanding sebanyak 6 kali untuk presiden dan angkasawati pertama ke Bulan sebelum Neil Armstrong, Barbie terus berkembang menjadi contoh moden serta relevan untuk semua peringkat umur.” Kata Lisa McKnight, Pengurus Besar dan Naib Presiden Kanan Barbie

Hot Wheels – Challenge Accepted



Bagi korang yang mempunyai anak lelaki jangan risau,bukan setakat barbie tau.Ada cabaran baru untuk anak lelaki korang!!Lost World Of Tambun membina sebuah trek lumba untuk anak lelaki korang bermain Hot Wheels.Anak lelaki korang boleh bermain dan berlumba bersama rakan-rakan di trek setiap hari.Anak lelaki korang juga boleh melawati zon Challege Accepted dan menonton perlumbaan terakhir yang diadakan pada jam 4 petang setiap hari dan berpeluang memenangi hadiah premium dari Hot Wheels.Wow!!menarik kan.

Jelajah Lagenda Hot Wheels yang pertama yang diadakan pada 2018 telah menerima kunjungan lebih 3,600 buah kereta dan 65,000 orang peminat daripada semua lapisan umur dan seluruh pelusuk dunia sempena menyambut 50 tahun ulang tahun Hot Wheels.





"Hot Wheels telah menyemarakkan semangat pencabar dalam generasi kanak-kanak selama lebih daripada 50 tahun, dan kini kami memperjuang belia dalam pelbagai sukan yang menguji kemampuan ke tahap maksimum dan memperbaiki kemahiran mereka," kata Ricardo Briceno, Pengarah Kanan Hot Wheels Global Pemasaran Jenama di Mattel.



"Barbie dan Hot Wheels adalah dua jenama mainan yang paling ikonik di dunia dengan peminat setia mereka sendiri dan gabungan kedua-dua jenama ini sangat istimewa. Kami teruja untuk menjemput kedua-dua jenama ini bagi kempen ‘Awesome Holidays, Time To Play’. Setiap tahun ketika cuti sekolah, taman tema kami menjadi lokasi percutian yang ideal untuk keluarga menikmati percutian menggembirakan serta memuaskan. Kerjasama dengan kedua-dua jenama yang paling dikenali ini bersama dengan taman tema kami dijamin merupakan percutian yang sempurna untuk semua peringkat umur "kata Nurul Nuzairi, Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun.


Bagi meraikan pelancaran kolaborasi ini bersama Mattels, Hot Wheels and Barbie akan berlangsung di Lost World Of Tambun Waterpark dari 23 November hingga 31 Disember 2019. Pengunjung akan mendapat akses ke acara eksklusif ini pada RM 77 (MyKad rate) dan akan mendapat barangan premium percuma untuk 3 tiket dan ke atas bagi setiap transaksi di mana ia terhad kepada 4000 unit sahaja.



Maklumat lebih lanjut mengenai Lost World Of Tambun Waterpark dan tunggangan terbarunya boleh didapati di
Web :www.sunwaylostoftambun.com
Fb Page :www.facebook.com/lostworldoftambun
Instagram :http://instagram.com/sunwaylostworldoftambun/?hl=en

#sunwaylostworldoftambun
#awesomemoments
#awesomeholidays
#teambarbie
#teamhotwheel
 

No comments:

Post a Comment

M3 Future Healthy Body Care's Adalah Produk Penjagaan Badan yang Selamat Dan Diperbuat Dari 100% Bahan Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang sudi membaca blog cikpetit.Korang pernah dengar produk M3??Kalau korang nak ta...