Wednesday 30 October 2019

FIRST TIME BLEACHING KULIT DI SOPHIE SALON SUNGEI WANG.


Assalamaalaikum korang..dah lama cikpetit tak update blog ni,maklum lah cikpetit baru balik dari Hatyai kikikik..Okey,hari ini cikpetit nak berkongsi pengalaman yang cikpetit dapat secara tidak sengaja di Sophie The Royal Beuty Salon ini.Korang tahu atau tidak sekarang lagi musim bleaching kulit.Dulu sibuk nak bleach rambut sekarang kulit pun dah boleh bleach tau.Jom cikpetit kupas serba sedikit tentang spa ini. 


Awalnya cikpetit jalan-jalan sambil tunggu spec mata siap.Terfikir pula nak usha salon murah untuk bleaching kulit,cikpetit selalu tengok dekat youtube lepas bleaching terus jadi putih..nampak macam menarik,tu yang cikpetit nak cuba.hihih..kulit cikpetit ni jenis sawa matang..so kalau bleaching mana tau leh jadi macam artis korea..hihihihhi


Pakej yang ditawarkan seperti dalam gambar,so korang boleh pilih nak buat yang mana dan harganya pun murah.Kalau dah ada tempat murah buat apa lagi nak ke tempat yang mahal padahal hasil yang sama.


Bahagian depan cashier




Produk yang mereka pakai datangnya dari India yang mengandungi bahan-bahan semula jadi sememangnya selamat dan tidak memedihkan kulit korang.



Cikpetit bleach bahagian muka  dan leher je..Nak buat bleching ni tak lama pun hanya 20-30minit sahaja(bahagian muka dan leher).Harga RM50.



Sementara tunggu 20minit cikpetit tidur la dulu,hihihih..sejuk je kulit muka.


Dah siap..kulit jadi lembut dan boleh tengok perbezaan kulit muka dan tangan ketara sangat..berbelang pulak jadinya..hahaha..Next time cikpetit nak buat 1badan pulak.


tadaaaaaaa...


 Inilah Jhoty salah seorang pekerja di Sophie Salon ni.


Sebenarnya kulit cikpetit ni kusam,kulit mati tapi selepas buat bleaching ni memang nampak perbezaan sebelum dan selepas.Tidak la seperti kulit Korea tapi cerah dari biasa.semua kulit mati dah hilang.Dan lagi satu korang,Harga yang ditawarkan setiap rawatan sangat murah dan jika korang repeat setiap bulang korang akan dapat diskaun lagi.Siapa yang tak nak kan.Jika korang beminat boleh datang ke SOPHIE SALON tingkat 3 Sungei Wang.

Okey,sampai sini perkongsian cikpetit tentang salon yang cikpetit singgah secara tak sengaja ini.hihih..murah dan berbaloi sangat.Sekian,terima kasih.


























28 comments:

  1. Wow... Bleaching skin. Sound so bleach... Lolz.
    Never try this before but after reading your review it seems not scary as my imagination... Should try this one day too

    ReplyDelete
  2. Mek tak pernah dengar tentang bleaching. Ingat rambut je boleh bleach. Rupanya kulit pun boleh bleach. Hehe. Tapi bleach kluarkan kulit mati lah kan. Boleh cuba jugak ni kalau ada masa kelapangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah mek,dulu rambut je sekarang kulit pun dah boleh bleaching.hihihih...

      Delete
  3. Dengan kecantikan memang akan menjadi kesukaan para wanita di luar sana. hehe. Semoga ia memberi kelebihan dan manfaat pengguna di luar sana.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah buat! Biasa masuk spa kasi whitening, laser jeragat, rawat jerawat. Macam best pulak terapi bleaching tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best gee,awak kene cuba sekali mesti awak akan terkejut dengan perbezaan selepas buat bleaching ni..hihihih

      Delete
  5. Amboi spa bleaching plak sekarang!! Terus jadi putih la kiranya. Hehe.. Nampak berubah tu kesan selepas sesi spa tu..berbaloi-baloi datang spa sambil tunggu spec mata siap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...wan,bleaching ni bukan bagi putih tau tapi dapat hilangkan kulit mati kita,jadi cerah dan shining je kulit..kulit jadi berseri dan tak kusam :)

      Delete
  6. Bertambah berseri dan cantiklah kulit. Saya tak pernah buat bleaching kulit ni. Teringin juga nak buat. Siapa tak nak kulit muka cantik dan sihat kan. Semua orang nak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mimie,awak kene cuba..dah la murah buat kat sini pastu nampak perbezaan sebelum dan selepas buat tu..sebab ramai yang tegur kulit saya licin dan cerah,hihihi..malu plak rasanya

      Delete
  7. Seronoknya manjakan diri dengan spa ni. Kak tak pernah lak bleach muka...buat facial
    je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kene cuba tu,lagipun harga die tak mahal pun..untuk muka dan leher rm50 je,kalau jadi regular cust die akan bagi lg diskaun.Nak cantik tak perlu keluarkan modal besar klu yang murah ada dan berbaloi kan

      Delete
  8. harga tu berpatutan tak mahal sangat.. menarik juga kan bleaching ni biar dia keluarkan all dead skin..
    nampak glowing =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul siti..ramai dah tegur kulit muka saya..nest time nak buat 1badan hihihii

      Delete
  9. wahh bagusnya cik petit. Patut lah dah cantik cerah berseri skg..

    ReplyDelete
  10. Dah lama ni tak pergi spa. Dan ni first time juga tau pasal bleaching wajah. Takut jugak mula mula tu. Tapi tengok Cik petit buat macam tak lah se scary mana kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sakit pun fadzi..bagi saya la sebab sebelum ni saya pernah baca yang bleaching kulit ni pedih tapi bila cuba sendiri tak ada rasa pedih pun,lagipun bahan digunakan dari herba.

      Delete
  11. baru tau apa itu bleaching kulit. nampak menarik. bolehlah saya suggest dkt kawan nnti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yap-yap..silakan awak,awak seniri pun boleh try juga hihihih

      Delete
  12. Tak pernah tahu ada bleaching kulit, sellau dgr rambut je. Tgok cil petit buat mcm ok je..blh lah cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba hanna..awak akan nampak perbezakan kulit awak sebelum dan selepas bleaching,mesti awak senyum lebar macam saya,hihihih.

      Delete
  13. Lokasi macam ni memang orang perempuan suka lah kalau dapat pergi hehehe bukan sahaja terapi tapi juga untuk kecantikan dan kesihatan hehehehe orang laki jer tak ada lagi tempat macam ni huhuhuu..

    ReplyDelete
  14. Orang lelaki pun boleh buat bleaching ni mohamahu..siapa yang tak nak kelihatan berseri kan,hihih..awak kene try sekali baru awak tahu hihihih

    ReplyDelete
  15. Best kan bila sesekali kita manjakan kulit kita, terasa lebih anjal dan lembab serta keyakinan tinggi untuk keluar tanpa mekap. :)

    ReplyDelete
  16. wah bleaching boleh ke sekarang ni? nampak cantik pulak tu sis yang buat tu

    ReplyDelete

M3 Future Healthy Body Care's Adalah Produk Penjagaan Badan yang Selamat Dan Diperbuat Dari 100% Bahan Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang sudi membaca blog cikpetit.Korang pernah dengar produk M3??Kalau korang nak ta...