Showing posts with label KECANTIKAN. Show all posts
Showing posts with label KECANTIKAN. Show all posts

Wednesday, 30 October 2019

FIRST TIME BLEACHING KULIT DI SOPHIE SALON SUNGEI WANG.


Assalamaalaikum korang..dah lama cikpetit tak update blog ni,maklum lah cikpetit baru balik dari Hatyai kikikik..Okey,hari ini cikpetit nak berkongsi pengalaman yang cikpetit dapat secara tidak sengaja di Sophie The Royal Beuty Salon ini.Korang tahu atau tidak sekarang lagi musim bleaching kulit.Dulu sibuk nak bleach rambut sekarang kulit pun dah boleh bleach tau.Jom cikpetit kupas serba sedikit tentang spa ini. 


Awalnya cikpetit jalan-jalan sambil tunggu spec mata siap.Terfikir pula nak usha salon murah untuk bleaching kulit,cikpetit selalu tengok dekat youtube lepas bleaching terus jadi putih..nampak macam menarik,tu yang cikpetit nak cuba.hihih..kulit cikpetit ni jenis sawa matang..so kalau bleaching mana tau leh jadi macam artis korea..hihihihhi


Pakej yang ditawarkan seperti dalam gambar,so korang boleh pilih nak buat yang mana dan harganya pun murah.Kalau dah ada tempat murah buat apa lagi nak ke tempat yang mahal padahal hasil yang sama.


Bahagian depan cashier




Produk yang mereka pakai datangnya dari India yang mengandungi bahan-bahan semula jadi sememangnya selamat dan tidak memedihkan kulit korang.



Cikpetit bleach bahagian muka  dan leher je..Nak buat bleching ni tak lama pun hanya 20-30minit sahaja(bahagian muka dan leher).Harga RM50.



Sementara tunggu 20minit cikpetit tidur la dulu,hihihih..sejuk je kulit muka.


Dah siap..kulit jadi lembut dan boleh tengok perbezaan kulit muka dan tangan ketara sangat..berbelang pulak jadinya..hahaha..Next time cikpetit nak buat 1badan pulak.


tadaaaaaaa...


 Inilah Jhoty salah seorang pekerja di Sophie Salon ni.


Sebenarnya kulit cikpetit ni kusam,kulit mati tapi selepas buat bleaching ni memang nampak perbezaan sebelum dan selepas.Tidak la seperti kulit Korea tapi cerah dari biasa.semua kulit mati dah hilang.Dan lagi satu korang,Harga yang ditawarkan setiap rawatan sangat murah dan jika korang repeat setiap bulang korang akan dapat diskaun lagi.Siapa yang tak nak kan.Jika korang beminat boleh datang ke SOPHIE SALON tingkat 3 Sungei Wang.

Okey,sampai sini perkongsian cikpetit tentang salon yang cikpetit singgah secara tak sengaja ini.hihih..murah dan berbaloi sangat.Sekian,terima kasih.


























Monday, 21 October 2019

PRETTYCAKED BETTER THAN BARE LIPS CREAM


PRETTYCAKED BETTER THAN BARE LIPS CREAM

CODE PAVLOVA
CODE PUMPKIN PIE
CODE COOKIE

Assalamualaikum korang..Harini aku nak berkongsi pula tentang lips cream keluaran @PRETTYCAKEDOFFICIAL iaitu Better Than Bare Lips Cream.Didatangi dalam 3 code warna iaitu PAVLOVA,PUMPKIN PIE dan COOKIE.Dari pengalaman yang aku pakai lips cream ini tidak mengeringkan bibir.Korang pakai dari pukul7 pagi pun sampai petang still lagi selesa,bibir korang tidak merekah..Aku mempunyai bibir yang sensitif gais,aku pakai lips mana-mana pun yang namanya matte mesti bibir aku kering lepastu merekah.Kadang aku tengok dicermin bibir aku macam tanah dimusim kemarau..ARGH!!seram..Tapi lepas aku pakai Better Than Bare Lips Cream,aku dah tak risau lagi..kembali selesa dan tak perlu nak touch up bagai.

Antara kelebihan-kelebihan Prettycaked Lipscream adalah

Melembabkan bibir
Tidak mengerikan bibir
Mengandungi collagen
Mengandungi argan oil
Merawat bibir kering dan kusam
Anti crack
Tekstur nipis dan ringan
Senang dicuci dan bau coklat
Tahan lama.





Cantik kan kaler ni,code yang aku pakai ni PAVLOVA..nice-nice je.So,memang tak mengeringkan bibir dan kulit bibir tak merekah.Sangat ringan macam tak pakai lipstik serta senang dicuci.Aku memang puas hati la dengan produk keluaran @prettycaked ni..patutlah founder die sentiasa cantik berseri,inilah rahsianya.




Monday, 14 October 2019

BLEND LIKE BUTTER FOUNDATION BY PRETTYCAKED

                                           APA ITU PRETTYCAKED FOUNDATION



Assalamualaikum gais..harini aku nak terangkan tentang kelebihan PRETTYCAKED FOUNDATION berbanding foundation yang ada diluar sana..PRETTYCAKED ini adalah produk dari Malaysia yang telah mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.Kelebihan PRETTYCAKED FOUNDATION adalah ia dapat menutup cela diwajah serta memberikan kesan velvet matte yang tahan lama.Korang nak tahu,foundation ini diformulasikan khas dengan SPF50 untuk memberikan perlindungan penuh daripada kulit.Foundation ini juga mengandungi citrus stem cells yang mempunyai kebaikan sama dengan kebaikan vitamin C.Patutlah bila dipakai foundation ini tidak breakoutkn kulit korang then yang ada jerawat tu pula dapat membantu mengecutkan jerawat yang sedia ada.Rupa-rupanya dalam foundation ini mengandungi PROPOLIS EXTRACT!!!


APA TU PROPOLIS EXTRACT YE??

Propolis itu merupakan sejenis madu alami yang dihasilkan oleh lebah yang diambil dari pucuk-pucuk bunga yang segar dan sedang bermekaran.Propolis memiliki banyak fungsi untuk kesihatan terutama kesihatan kulit iaitu mengatasi jerawat .Jerawat merupakan salah satu masalah kesihatan kulit yang umumnya terjadi diusia remaja,kita yang dah berusia pun terkadang tumbuh jerawat so foundation bukan hanya mencantikkan kulit dari luar malah dapat membaiki kulit kita dari dalam.Even aku sendiri pun menggunakan foundation ini.

Foundation ini juga sebanding Estee Lauder tapi more kepada lightweight and natural gais.Serius kualiti foundatin ini setanding foundation-foundation yang terkenal.Tapi harga foundation ini tidak setanding sebab harga lebih murah dan berpatutan.Siapa yang tak nak kualiti gempak dengan harga yang jauh lebih murah kan?Kulit korang akan kelihatan flawless tanpa perlu membazir beli foundation yang mahal.Foundation ini dikeluarkan dengan 2 tone iaitu Castard and Caramel.Bagi korang yang kulit cerah boleh pakai yang castard dan bagi yang kulit agak gelap korang boleh pakai caramel.Tapi bagi korang yang kulit sawo matang ,korang blh mixkan je antara 2 tone foundation ni..

Aku dah pakai foundation ni,so bagi aku foundation ni memang best,hanya 1pam aku dah boleh sapu untuk keseluruhan wajah plus sekali sapu kat leher.Tekstur die pekat tapi ringan serta mudah blend.Aku pakai dari pukul 7pagi hingga 2petang,wajah aku still maintain and more to flawless..wowwww!!!i like it.So,bagi aku foundation ini salah satu foundation yang aku selalu pakai sehingga kini.

Wednesday, 2 October 2019

STAY-ON BALM ROUGE


Assalamualaikum korang..harini aku nak kongsi tentang lip balm yang aku baru beli di SASA  baru2 ni.Sebelum ni aku pernah gak pakai lip balm jenama Nivea,Maybelline,silky dan byk lg la..tapi aku stop gara-gara aku xselesa sebab salah satunya stinky lepastu sekejap je lembabnya pastu bibir aku jadi kering..ada yang aku pakai xsampai 10minit pn sebab rasa panas dan gatal..


Sabtu aritu aku ikut kakak aku g event singgah la jap kat ONE UTAMA MALL,konon nak cari lip tint..tut..tut..terbeli lip balm from CANMAKE STAY-ON BALM ROUGE.Sis promoter tu dok sruh aku try..tapi serius gais best je pakai die.Selesa dan ringan je,klu korang ada pkai lip matte kan blh tindih je dgn lip balm ni,xlah kering je bibir korang tu..Keupayaan STAY-ON BALM ROUGE adalah melembapkan bibir ,warna lipstik yang mempunyai kilauan gloss, ditambah perlindungan UV dan warna agak tahan lama.Senang dicuci dan selesa dipakai.




Aku ni suka pakai lipstick jenis matte tapi aku ada masalah bibir kering dan mengelupas.Kadang aku jdi fed up bila aku pakai lip matte bibir aku dah mcm kertas..kasar dan merekah.tapi sekarang aku dah xperlu risau lagi,sebelum aku nak sapu lips matte aku aku sapu dlu STAY-ON BALM ROUGE supaya bibir aku kekal lembab tapi matte.Selain lip matte,korang pun blh tindih dengan lip tint..seksi gtu bibir korang ala-ala korea gtu.



Wednesday, 25 September 2019

MY BEUTY DIARY DUO BRIGHTENING


Assalamualaikum korang,ada yang belum tidur ke??Malam td korang makan apa,ke diet..kikiki..Bosan malam ni encik somi keluar main badminton jadi aku nak bercerita sikit la tentang mask yang aku pakai malam ni,bukan hari2 aku pakai pun seminggu 3-4 kali je..tergantung kerajinan aku..hahahah..


Tudia,korang nampak x??The Beuty My Diary Duo Brightening Ex+ Power Repair Mencerahkan Black Pearl Ex Mask adalah topeng pembaikan dan pencerah.Hidrolyzed soy,ekstrak protienberas dan zat locorice memberikan penghidratan yang kuat ke lapisan dalam kulit untuk melegakan kulit kering sambil meningkatkan ketahanan kulit,keanjalan dan kejelasan.


Mereka juga melegakan kerengsaan yang disebabkan oleh kekeringan dan mengetatkan liang-liang.Hyaluroni Asid dan Collagen untuk membantu pembaikan.Dirumuskan assen yang sangat berkesan dari pelbagai jenis Alga,topeng ini memberikan hasil mengangkat dan mengukuhkan optimum membolehkan kulit terasa kuat dan terhidrat.Topeng mutiara diari kecantikanhitam saya mengandungi bahan aktif semulajadi mutiara hitam yang memutihkan dan melembutkan kulit.Disyorkan untuk kukit biasa,terutama bagi mereka yang mempunyai kulit yang kurang elastik.

Mask ini boleh didapati SASA dan Guardian Branch.Untuk keterangan kunjungi http://www.facebook.com/mybeutydiarymy/

Tu serba sedikit aku kongsi dengan korang maswk yang aku pakai malam ni,next time aku update lagi ye..Assalamualaikum dan selamat malam.



M3 Future Healthy Body Care's Adalah Produk Penjagaan Badan yang Selamat Dan Diperbuat Dari 100% Bahan Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang sudi membaca blog cikpetit.Korang pernah dengar produk M3??Kalau korang nak ta...