Wednesday 6 November 2019

SIRI BEG KEMBARA EDISI TERHAD UNIK DAN EKSKLUSIF tokidoki X GUARDIAN




Standing from left: Christine Chew, Channel Head from Nutox, Vean Fong, Key Account Manager from Nutox, Steph Teoh, Customer Development Manager from Dove, Hiap Yi San, Senior Key Account Executive from Ensure Gold, Siew Yann Lin, Key Account Manager from Pantene, Jaynie Lai, Group Customer Development Manager from Blackmores, and DY Cho, Marketing Director, Health and Beauty, South East Asia, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd striking a photo with tokidoki dancers and the Guardian Exclusive tokidoki Travel Series at the launch event.

Mulakan Perjalanan Anda Dengan tokidoki!


Sepang, 31 Oktober 2019:

Guardian Malaysia terus menceriakan dan memberi ganjaran kepada para pelang gan menerusi kolaborasi terbarunya dengan jenama gaya hidup ikonik dan terkenal,
tokidoki dan melancarkan Siri Kembara eksklusif Guardian tokidoki yang boleh dida pati pada harga istimewa bermula 31 Oktober sehingga 31 Disember 2019 di semua stor Guardian.

DY Cho, Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd berkata;

“Kami sangat teruja dengan kolaborasi dengan tokidoki, sebuah jenama yang memiliki pengikut yang luar biasa dengan karakter-karakternya yang berwarna-warni, menarik, dan menonjol dan karya seni ini direka dan dihasilkan sendiri oleh pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Kreatif, Simone Legno.” 

“Menerusi promosi ini, para pelanggan dapat memiliki beg-beg kembara edisi terhad Guardian tokidoki ini pada potongan hebat 70%.”
“Selaku sebuah jenama antarabangsa, tokidoki telah berkolaborasi dengan banyak jenama bertaraf dunia seperti Karl Lagerfeld, Muzium Guggenheim, LeSportsac, Onitsu ka Tiger, Marvel, Hello Kitty,Fujitsu, Levi's, Xbox, Barbie, Canon dan banyak lagi.”

“Oleh itu, Guardian sangat berbesar hati apabila Simone Legno menghasilkan hasil seni unik untuk 3 beg kembara edisi terhad yang kami namakan Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki ini. Jika anda perhatikan betul-betul, anda akan dapati rekaan tersebut menerapkan elemen-elemen kesihatan dan kecantikan dengan karakter karakter tokidoki. Anda boleh lihat beberapa item, contohnya, seperti gincu dan penggilap kuku yang boleh didapati di Guardian dan anda juga boleh dapati stor berwarna oren yang mewakili stor Guardian.”

“Kami percaya bahawa Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki akan menjadi rebutan pelanggan kami kerana mengembara merupakan satu bahagian penting dalam gaya hidup moden kita. Pelanggan kami mementingkan pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, dan salah satu cara terbaik untuk menikmati pengalaman tersebut adalah dengan mengembara. Oleh sebab itu kita kini menyaksikan ledakan dalam industri kembara dan tiada masa yang lebih baik untuk kami melancarkan pro mosi ini dengan cuti Krismas dan Tahun Baru yang bakal tiba tidak lama lagi,” tambah Cho.

Dalam sebuah klip video khas yang dirakam untuk majlis pelancaran ini, Simone Legno berkata beliau sangat bangga untuk berkolaborasi dengan Guardian Malaysia, pen eraju rangkaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan di Malaysia, di atas inisiatif
berkesan ini dan berharap beg-beg kembara ini bakal memberi inspirasi kepada se mua ahli-ahli kembara tokidoki yang baru.
Simone berkata: 

“Mengembara bagi saya adalah satu bahagian yang penting dalam gaya hidup moden. Ia memberi inspirasi dan membuka minda saya kepada budaya dan masyarakat dunia yang berbeza dan mengekalkan kreativiti saya. tokidoki dan kem bara tidak dapat dipisahkan.”

“tokidaki yang bermaksud ‘kadang-kadang’ dalam Bahasa Jepun, melambangkan penantian untuk satu detik yang dapat merubah takdir seseorang, ia boleh berlaku dalam kehidupan seseorang secara kebetulan atau apabila bertemu orang baru.”

“Dan mengembara boleh menjadikan detik itu satu kenyataan,” jelas Simone. Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki terdiri daripada beg tote, beg sandang dan beg bagasi 20 inci. Ia boleh didapati pada harga istimewa;
  


  • Beg Tote RM80 (Belian dengan Belian) RSP* RM280 

  



• Beg Sandang RM100 (Belian dengan Belian) RSP* RM440 
  


• Bagasi RM170 (Belian dengan Belian) RSP* RM600 

* RSP = Regular Selling Price

Untuk mendapatkan beg-beg kembara ini pada harga potongan istimewa, pelang gan Guardian hanya perlu membuat pembelian sebanyak RM30 dan ke atas, beserta barangan jenama yang mengambil bahagian, dalam satu resit atau RM50 dan ke atas, tanpa barangan jenama yang mengambil bahagian, dalam satu resit.
Oleh kerana Siri Kembara Eksklusif Guardian tokidoki adalah edisi terhad, pembelian adalah berasaskan ‘siapa cepat, dia dapat.”
____________________________________________________________________

Tentang Guardian Malaysia

Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 52 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 440 buah stor di seluruh negara, menyediakan pel bagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Rangkaian stor-stor ini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di 
seluruh Negara.
____________________________________________________________________

Tentang tokidoki

tokidoki, yang bermaksud ‘kadang-kadang’ dalam Bahasa Jepun, adalah sebuah je nama gaya hidup ikonik bertaraf antarabangsa yang dihasilkan berdasarkan visi artis Itali Simone Legno dan rakannya, usahawan terkenal Pooneh Mohajer dan Ivan Arnold. Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, tokidoki kini memiliki pengikut yang luar biasa bagi karakter-karakter popularnya dan muncul sebagai jenama gaya hidup global yang menjadi impian ramai. Tokidoki menawarkan rangkaian produk yang besar ter masuk pakaian, beg tangan, kosmetik, aksesori, mainan dan banyak lagi. Simone Leg no, Ketua Pegawai Kreatif tokidoki, dilahirkan di Rome, Itali dan telah jatuh cinta den gan Jepun sejak kecil dan sangat meminati budaya dunia. Gabungan bakat unik dan kreativiti Legno dan ilmu perniagaan Mohajer, tokidoki telah berkembang dengan hebatnya. Sebagai sebuah syarikat yang inovatif, tokidoki terkenal bukan sekadar melalui nilai estetikanya yang menonjol dan karakter yang sangat comel, tetapi juga jaringan kolaborasi yang mantap. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tokidoki.it




24 comments:

  1. Ok. Rawlins nak dapatkan bagasi tersebut sebab ianya sangat menarik dan trendy. Boleh la nak guna time nak travel semalam atau dua malam kan. Tahan lasak tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..mesti la rawlins,boleh cuba kalau nak tahu kualitinya.Pasti tak mengecewakan.

      Delete
  2. Berkenan dengan troley bag ! Arrr cantiknya. Ni kalau travel mesti nak ootd dengan bag ni nanti. Rm170 tu just okei lah kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok sangat mek..canti sangat kalau ber ootd dengan bagasi ni,comel je kan hihihihii..

      Delete
  3. Comel design beg ni. Siapa yang suka corak beg yang menceriakan boleh la try beg ni. Lagi seronok bercuti dengan beg lawa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wan,kita pakai beg ni boleh mendatangkan mood yang ceria dan percutian kita jadi makin seronok.

      Delete
  4. Semua design sangat cantik dan kartun ini semua dari siri anime mana ya. hehe

    ReplyDelete
  5. Omg comelnya semua design! Boleh nanti buat hadiah untuk adik ni. Mesti dia suka sangat. Haha. Kalau ambil bergambar pun mesti cun juga ni. 😃

    ReplyDelete
  6. menarik lah koleksi bag-bag guardian nih, comel-comel ada karton mood travel on tetiba he he he

    ReplyDelete
  7. Serius comel design beg ni. Teringin nak ada koleksi dia.

    ReplyDelete
  8. Dapat jenputan event ni tapi tak dpt pergi sbb bertembung dgn event lain pd waktu sama. Memarik nampak produknya bole la kalau terasa nak beli. “Kadang” kan hihi.

    ReplyDelete
  9. Cantik betul semua beg yang ditunjukkan ni..pergi bercuti dengan beg mcm ni memng best..hehe..corak warna warni..besar pulak tu..

    ReplyDelete
  10. Cantik dan cute pulak semua koleksi beg tokidoki yang ada ni. Harga asal memang mahal tapi bila diberi harga diskaun yang jauh murah daripada harga asal memang kena grab. Rugi kalau tak grab tau

    ReplyDelete
  11. Comel belaka set kembara ni! Memang meraikan pelanggan Guardian betul ni, jadi sesiapa yang selalu shopping kat Guardian tu, ini peluang korang lah ya :)

    ReplyDelete
  12. Wah lawa betul beg Tokidoki. Comel2 belaka. Baru semangat nak travel hehe harga berpatutan

    ReplyDelete
  13. I rasa mcm nak beli tote beg or back pack dia.. Look so cute lahh.. Geram ja tengok tu

    ReplyDelete
  14. Only few years ago I know about tokidoki characters. Comel laa beg ni. Sesuai snagt with me who love to travel.

    ReplyDelete
  15. Cantik pulak bag dia semua tu.

    ReplyDelete
  16. Alahai awatlah comel sangat beg2 ni.. Geram lak tgok.. Hihi... Sekarang mcm2 hadiah atau brg yg cute2 utk tarik pelanggan kan... Kita dah aim luggage dia tu comel sangat lak tengok..

    ReplyDelete
  17. Super comel beg Tokidoki ni. Sempat lagi kan nak collect semua. Kalau nak beli harga asal...fuhhh boleh tahan juga harga dia.

    ReplyDelete
  18. cantik dan comelnya beg2 ni. suka dengan corak dan designnya. bolehlah beli lepas ni. haha terima kasih share ya :)

    ReplyDelete
  19. Ehhh.. you pun ada ke dekat event ni? I ada tapi tak kenal pulak u yang mana. Hehe.. Anyways, beg dia memang cantik-cantik. Suka betul I, rasa macam nak beli jugak especially travel luggage dia.

    ReplyDelete
  20. I wanted to thank you for this great read!! I definitely enjoying every little bit of it I have you bookmarked to check out new stuff you post. Bookbags

    ReplyDelete

M3 Future Healthy Body Care's Adalah Produk Penjagaan Badan yang Selamat Dan Diperbuat Dari 100% Bahan Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang sudi membaca blog cikpetit.Korang pernah dengar produk M3??Kalau korang nak ta...