Friday 8 November 2019

MASALAH KOMUNIKASI AKIBAT DARI TELEFON PINTAR.

Hasil carian imej untuk gambar masalah komunikasi dalam keluarga

Assalamualaikum korang..Salam jumaat buat semua kawan-kawan blogger cikpetit.Harini cikpetit nak berkongsi tentang permasalahan komunikasi dalam sesebuah keluarga.Di zaman yang serba canggih ini terlalu ramai masyarakat kini menghabiskan waktu hanya dengan bermain gadget tanpa mempedulikan hubungan kekeluargaan yang semakin berkurang.

Teknologi kini semakin canggih yang sememangnya memudahkan komunikasi antara satu sama lain. Tidak kira jarak, teknologi boleh menghubungkan dua insan meskipun berada beribu batu jauhnya.Namun, kecanggihan teknologi yang dinikmati masyarakat hari ini juga banyak keburukannya.

Contoh utama yang boleh diperkatakan disini ialah penggunaan telefon pintar yang juga menjadi keperluan utama gaya hidup masyarakat hari ini.Aliran terbaru itu memberi banyak kesan negatif kepada pembangunan psikologi dan sosial masyarakat. Ia mengabaikan komunikasi secara langsung dengan insan yang berada di sekeliling mereka dan tanpa sedar, telefon pintar menjarakkan hubungan dengan insan yang berada di depan mata.


Hasil carian imej untuk gambar masalah komunikasi dalam keluarga

Jika diperhatikan senario di sekeliling kita pada hari ini, kiri kanan pasti kelihatan individu yang sibuk dengan telefon bimbit di tangan masing-masing. Baik di rumah, warung, restoran mamak, pasar raya, pejabat mahupun tempat belajar, semuanya sibuk dengan gadget sendiri.Ada juga sesetengah masyarakat walaupun sedang makan bersama keluarga tetapi masih juga melayan telefon pintar.Ada juga sesetengah ibubapa yang membiarkan anak-anak mereka mengenali gadget sejak dari bayi.

Ketika dirumah sang suami sibuk dengan group-group whatapp,isteri pula sibuk dengan membaca cerita-cerita yang hangat dimedia.Sang anak asyik dengan games,laman sosial dan macam-macam lagi.Tak ada lagi komunikasi dalam keluarga.Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.Kemesraan dalam kekeluargaan kian pudar.Di situlah terjadinya masalah hidup didunia maya.

Sayangnya masyarakat hari ini terhadap gadget seperti telefon pintar bagaikan kekasih hati dan hingga ada yang sanggup berpatah balik jika gadget yang menjadi 'nyawa' mereka itu tertinggal di rumah. Bahkan ada yang berasa bagai hidup dalam kegelapan apabila berjauhan dengan telefon pintar.Tidak hairanlah jika kita sering melihat keluarga yang berada di restoran tidak berbual sesama sendiri walaupun ahli keluarganya duduk bersama kerana masing-masing sibuk dengan kegiatan di hujung jari.Kesian kan melihat masyarakat pada hari ini.

Imej yang berkaitan

Selain itu, sering kali juga kita berada dalam situasi ketika bersantai bersama sekumpulan rakan, ada saja yang khusyuk mengemas kini status sosial masing-masing tanpa memikirkan perasaan sahabat di sebelah mereka.Ada juga pasangan suami isteri yang baru berkahwin tetapi sang suami asyik dengan permainan di dalam telefon bimbit tanpa menghiraukan isterinya yang ketika itu masih memerlukan perhatian dari suami.

Hasil carian imej untuk gambar masalah komunikasi dalam keluarga

Suka atau tidak, kita harus mengakui kemodenan teknologi yang dinikmati hari ini menjadikan kita individu yang mementingkan diri sendiri. Kita lebih teruja dan mengutamakan perasaan orang yang jauh berbanding mereka yang berada di depan mata.Interaksi sosial semakin sukar oleh kesibukan melayan telefon pintar masing-masing. Ini tidak berlaku pada golongan dewasa semata-mata kerana remaja dan kanak-kanak juga menunjukkan kecenderungan yang sama.

Ramai remaja hari ini meluangkan masa melayari Internet atau bermain permainan alam maya.Mereka bukan saja tidak mendapat kehidupan sosial yang baik, tetapi pada masa sama, seakan-akan ketagih untuk berkomunikasi dengan individu di alam maya.Andai dibiarkan lama-kelamaan, situasi berkenaan boleh menjejaskan hubungan persaudaraan dan persahabatan kerana perhubungan sosial menjadi semakin hambar.Ia sekali gus boleh mengganggu persefahaman dan menjejaskan hubungan kasih sayang antara sesama insan kerana tidak dapat diterapkan dengan lebih sempurna.

Imej yang berkaitan

Kita mengambil mudah sesetengah perkara dan meminggirkan soal hati dan perasaan orang di sekeliling kita. Tidak mustahil, hubungan antara ahli keluarga, sahabat-handai atau rakan pejabat menjadi semakin jauh disebabkan kurang interaksi mesra secara langsung antara satu sama lain.Keadaan itu sememangnya berlawanan dengan tujuan asal penciptaan teknologi komunikasi moden iaitu untuk memudahkan kita berkomunikasi dan merapatkan hubungan persaudaraan sesama insan.

Namun, tiada pihak yang boleh dituding jari dalam hal ini kerana masing-masing mempunyai pendapat. Bagi yang terlalu taasub dengan teknologi dan dunia maya, apa kata ambil masa sejenak memikirkan apa yang terpaksa atau sudah dikorbankan semata-mata mengikut kemahuan minda.

Hasil carian imej untuk gambar masalah komunikasi dalam keluarga

Keluarga, sahabat dan orang yang kita sayang perlu diberi keutamaan sebaiknya. Jadi, berikan sepenuh perhatian apabila bersama mereka dan ketepikan gadget buat sementara.Berbicaralah dari hati ke hati dan jangan ketinggalan untuk berkongsi perasaan dengan orang yang kita sayangi.Ini kerana kasih dan sayang anugerah yang terindah daripada Allah untuk setiap hambanya.Perasaan itu ada dalam hati setiap manusia dan terpulang pada kita sendiri sama ada untuk mempamer atau menyembunyikannya.

No comments:

Post a Comment

M3 Future Healthy Body Care's Adalah Produk Penjagaan Badan yang Selamat Dan Diperbuat Dari 100% Bahan Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang sudi membaca blog cikpetit.Korang pernah dengar produk M3??Kalau korang nak ta...