Monday 21 October 2019

DAPUR KOBE OFFICIAL-PERENCAH MASAKKAN TERBAIK ABAD INI.

Assalamualaikum korang..

Harini saya nak bercerita tentang perencah masakkan terbaru keluaran @dapurkobe dari Indonesia yang kini dah masuk pasaran Malaysia.Antaranya adalah perencah nasi goreng yang super duper pedas iaitu Perencah Nasi Goreng Poll Pedasss,Tepung Ayam Goreng Super Crispy,Bumbu Kelasan dan Tepung Bakwan Kress serta Kopi Kapal Api 2in1.Bagi korang yang berminat nak try boleh dapatkan dipasaran-pasaran yang berdekatan.Serius gais xrugi korang mencuba mesti nak beli lagi,hihih..



Ini adalah salah satu produk minuman yang paling diminati di Malaysia iaitu #KOPIKAPALAPI.Dulu kalau nak minum kopi ni kene tapis dulu kan baru boleh minum kini dengan 2in1 korang xperlu nak buang masa cari menapis air bagai.Hanya masukan 1 uncang dan tambah air panas siap diminum.Satu lagi korang,yang ni kopi O tau,pakai gula bukan creamer.So,yang keje opis tu dah senang la lepas klu nak minum kopi.Rasa kopi ni betul2 KAWW tanpa campuran lain,100% kopi.





Perencah Nasi Goreng POLL PEDASSS  ni adalah salah satu perencah yang akan saya beli buat stock kat rumah.Sekali suapan boleh buat korang hilang arah tuju,hahahaha..Kepada para pecinta pedas saya syorkan korang wajib try perencah ni..xpayah nak tambah apa2 lagi semua dah ada dalam perencah ni.Bagi korang yang suka ada lauk korang boleh tambah ayam,udang atau sotong..yang suka makan sayur pun boleh.Tapi pecayalah..memang TERBAIK !!! Saya belum pernah rasa perencah nasi goreng sesedap ini.




Saya suka makan cucur,tak kira pagi petang siang malam xpernah jemu so dengan adanya perencah cucur sedap ni saya dah xpayah lama-lama di dapur.Bumbu Bakwan Kress..bakwan tu ialah cucuk,cekodok ape lagi..haaa,jemput-jemput,hihhhi..Bakwan Kress ni betul-betul kress korang.Bila korang gigit je trus keluar bunyi kriuk...rangup dan bukan keras.Saya pernah beli cucur segera jenama lain la(xboleh bgtau)mmg rangup tapi keras betul..sampai sakit gigi..tapi Bumbu Bakwan Kress ni betul-betul rangup dan dalamannya lembut.Korang boleh tambah sayur atau udang dalam bumbu ni,bahan perisa tak perlu sebab semua dah cukup lengkap sekali rempah-rempah lain didalamnya then tambah air dan sedia digoreng.


Bumbu kelasan ni sebenarnya saya xsempat nak ambik gambar hihihi..sebab masa tu saya terngap dulu ayam panggang yang ada depan mata.Nampak mengiurkan sungguh!!takpe lah..saya tunjuk gambar perencahnya je ye..Kalau korang yang suka buat bakar-bakar bbq boleh try perencah ni.Sangat sedap dan mudah meresap,bila korang gigit  ayam tu korang dapat rasa rempah yang meresap kedalam isi ayam yang korang perap tu.Biasakan bila kita perap ayam,perencah tu hanya rasa dari luar permukaan je tapi didalamnya tawar,xde rasa rempah tapi dengan bumbu Kelasan ni korang dapat rasa perbezaan dan kelazatan ayam bbq korang,gerenti sedap.

Andai saya nak cerita semua bumbu keluaran @dapurkobe ni rasanya tak buat kerja lain la jawabnya hihihi..Kalau nak tahu lebih lanjut korang boleh layari www.dapurkobe.co.id @dapurkobe(twitter)dapur kobe (FB)atau @dapurkobeofficial (IG).Ha..kat situ korang boleh tengok macam-macam keluaran mereka,salah satunya BONCHILI(SPICY CHILI SPRINKLE)yang mempunyai tahap kepedasan hingga level 30.Tapi di Malaysia hanya masuk sampai level 15 je.Bonchili tu korang boleh makan dengan bubur atau letak atas nasi goreng,mee goreng dan macam-macam lagilh..Yang pasti,saya suka kesemua perencah keluaran @dapurkobe .Ishhhh...hampir lupa,saya nak ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada @nazirahhashim90 sebab sudi jemput saya,jangan serik tau..lain kali jemput lagi.Sekian Terima Kasih.




















32 comments:

  1. wahh...best nya event jumpa kengkawan weii

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul tu alia,dapat kenal dengan kwan baru jgk..hihihi

      Delete
  2. Macam sedap je tu. Boleh beli buat stok nanti. Senang kalau nak masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap mek,dah try sekali mesti nak lgi.

      Delete
  3. Produk laiin belum try tapi kopi Kapal Api memang kaw dan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib cuba tu sis..boleh dikatakan semua sedap..
      terutama perencah nasi goreng poll pedasss tu,perghhh..xblh lupe nikmat masa makan tu

      Delete
  4. Pertama kali tahu oasal dapurkobe. Nampak menarik! Ringkas mudah dan cepatkan masa memasak kat dapur. Nanti boleh laaa try, maklumlah makmak memang suka mencuba!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nina..patut cuba,semua cara menyediaan mudah je..campak2 dah siap.Suami dengan anak2 mesti suka

      Delete
  5. waa.. bestnya event camni.. hee~ kopi kapal api tu win okay..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul atie..orgtua kat kampung mmg mnum kopi kapal api dari dlu sampai sekarang.Tak pernah tukar jenama lain,rasa kopi die padu.

      Delete
  6. Tak pernah tengok jenama untuk cucur tu. Tengok gambar cucur terus rasa nak makan cucur

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah ada kat pasaran sis,sy rekemen cucur ni xsama mcm cucur instant lain..rangup die tu luar biasa dan isi dalam lembut je.Kena g cari tu,hihihi

      Delete
  7. mak aiii, super pedas ekksss...confirm cirit lagi seketul sunah...hahahhahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...klu sunah xmakan pedas ade je perencah yang tak pedas..
      perencah yang ni baru dikeluarkan,yg suka makan pedas mesti nak rasa.

      Delete
  8. Tak pernah tahu jenama ni yang last sekali bumbu kalasan tu apa kunyit serbuk ke hahahhaaa...
    teringin nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. bumbu kalasan tu perencah utk bbq bukan serbuk..klu suka bt bakar2 tu oles je kat ayam ke udang sotong je pastu perap kejap..boleh terus bakar.kalau nak goreng pun boleh.

      Delete
  9. Menarik pula perencah dan tepung yang dijual.. Kalau jumpa bolehlah cuba nanti..

    ReplyDelete
  10. Didn't know there is such a sauce for the kitchen. Thanks for sharing. Looks very delicious would love to try it. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh beli kat Mydin,Giant,Pasaraya KK ataupun Speed 99 tek..memang sedap dan awk mesti cuba,hihihi

      Delete
  11. In produk dari Indonesia ker hurmmm kita suka makanan Indonesia tak sabar nak cuba keluaran KOBE ni tak pernah dengar dan cuba lagi kalau dapat cuba mesti bestkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..produk dari Indonesia bang..saya pun xpernah dengar dulu tapi selepas diperkenalkan dan rasa die aummmm..sedap,xsama dengan perencah yang selalu sy beli,hihih

      Delete
  12. Paling rasa nak cuba cucur tu. Tengok bentuknya pun dah bukak selera nak makan. Makan cucur kalau tak rangup tu tak feel la hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni rangup ernie..dalam die lembut pastu rasa bwg putih dgn ade rempah skit dgn ikan bilis..klu sejuk pun still lg rangup.

      Delete
  13. Semua nampak sedap. Nak beli la nak try brand lain pulak. Hehe.

    ReplyDelete
  14. Singgah sini. Follback ya
    https://dandelionandaster.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Nak kata ni je : “Indonesian products mmg kaw!”

    Kopi dia, maggie dia, perencah dia mmg kalau buat kaw habis. Lemak masin rempah semua cukup. Jenama Kobe tak silap pun mmg pemes kot. Worth it lah kalau nak try beli for me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahha tgk la..aah,kalau di Indonesia produk KOBE ni memang dh pemes,sebab tu produk ni dibawa masuk ke Malaysia.Nanti cuba produk ni tau..feel die xsama mcm dgn produk yang kita selalu guna.

      Delete
  16. oo kobe tu bukan barang jepun rupanya. takpelah, janji semuanya nampak sedap. tengok komen sis pun memagn sebut sedap ni ya. boleh cuba nanti. thanks info sis

    ReplyDelete
  17. bukan barang jepun hanah..ni produk makanan dari Indonesia.Memang sedap dan lain daripada lain rasanya tu.
    Sama-sama :)

    ReplyDelete

M3 Future Healthy Body Care's Adalah Produk Penjagaan Badan yang Selamat Dan Diperbuat Dari 100% Bahan Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang sudi membaca blog cikpetit.Korang pernah dengar produk M3??Kalau korang nak ta...