Thursday 24 October 2019

RASA NAK BERKAMPUNG JE KAT J-HUNT(THE MOTTAINAI STORE)

Assalamualaikum korang..


Cikpetit dah selesai buat kerja rumah,makan pun dah dan sekarang cikpetit nak tanya korang.Korang pernah dengar tak J-HUNT (THE MOTTAINAI STORE)??Kepada peminat barangan terpakai atau lebih sinonim dengan panggilan preloved yang dibawa masuk dari JEPUN dan 100% barangan yang berkualiti premium dan telah dipilih tak kira kasut,beg,pakaian ataupun barang kanak-kanak jangan lepaskan peluang berbelanja di J-HUNT yang telah dibuka outlet pertamanya di AEONBIG Subang Jaya tingkat 2.Semasa Pembukaan J-HUNT semalam cikpetit berpeluang mengikuti acara tersebut.Jadi cikpetit nak berkongsi dengan korang pengalaman semasa berbelanja di -HUNT Store ini.


Sebelum tu cikpetit nak bagitau yang J-HUNT atau Japan hunter bermaksud korang nak cari barang yang berkualiti tapi murah,korang kene belek setiap sedut pasti korang akan temui barang yang korang inginkan dengan harga yang tidak masuk akal..Korang percaya tak,dengan duit RM50 korang boleh bawa balik baju t-shirt 10helai,seluar jeans 6helai,dress 2 helai,dan kasut jenama vans sepasang???Mesti korang terkejut kan..tapi itulah hakikatnya.


Masa mula-mula masuk je cikpetit dah aim kasut dulu..hahahaha,nampak tak kerakusan kat situ.Macam-macam jenama dengan harga yang sangat murah.Korang nak jenis sneakers,boots,loafers,heel semua ada.Kasut untuk kanak-kanak pun ada.Best kan??dah la barang semua cantik lagi..lagi satu,terdapat juga kasut-kasut baru disini so kalau korang nak beli kasut baru boleh pilih saiz tapi kalau korang beli yang preloved punye harap maklum la memang itu je saiz die.Cikpetit dah pilih kasut vans RM10 je,dah la original..tapak cantik lagi,untung kan..hihihi 


Selesai pilih kasut cikpetit berpindah pula kesebelahnya iaitu bahagian pakaian wanita.Ya Allah,boleh mabuk duduk kat area pakaian ni korang.Semua dah tersusun rapi..bahagian t-shirt,jeans,blouse,dress,sweater semua ada..dah la cantik-cantik lepastu murah sangat.Cikpetit beli blouse RM1 je..ada yang RM5 ada jugak RM10 keatas..tergantung korang la nak yang harga berapa tapi walaupun RM1 tapi jenama UNIQLO,ROXY!!Perghhhh..nak pengsan kejap boleh tak??hihihih...



Dress labuh kat sini ada yang RM1,RM1O,RM15,RM20..cantik lagi macam baru.Tapi cikpetit nak pesan awal-awal ye,kebanyakkan pakaian di J-HUNT ni bersaiz sederhana,untuk bersaiz besar susah sikit nak jumpa.Dengar-dengar orang jepun berbadan kecil sebab tu kebanyakkan saiz yang ada kat sini kecil.Cikpetit rasa untuk bersaiz XS-L saiz korang ada kat sini.Antara jenama-jenama yang ada ialah UNIQLO,SOPHIA,GROVE,LUCA,M.DEUX,ZARA dan banyak lagi la..rasa macam nak juling mata cikpetit tengok pakaian kat sini.



Ini bahagian beg pula..MashaAllah,serius cikpetit rasa macam nak berkampung je kat sini,kikikiik..Korang nampak tu,berapa banyak handbag yang ada..rambang mata kan.Semua dalam keadaan baik dan berkualiti juga dengan harga yang murah..Boleh dikatakan semua barang di J-HUNT ni cantik-cantik,berkualiti dan harga yang betul-betul murah.Bawa RM10 pun dah boleh beli baju dah seluar 5pasang,yang penting korang kene pandai memilih.

Sebenarnya J-HUNT ni menjual 10 jenis barangan iaitu
  1. Pakaian Lelaki dan Perempuan
  2. Beg
  3. Hobi(kepada yang suka mengumpul barang antik dan premium)
  4. Pakaian Kanak-Kanak
  5. Kasut
  6. Barang Sukan
  7. Barang Perhiasan Rumah
  8. Permainan Kanak-Kanak
  9. Jam Tangan & Gadget
  10. Alat Musik  
                                                                                                                     
Sebenarnya cikpetit tak sempat snap gambar barang lain sebab bila dah sampai bahagian pakaian tu bagai digari gelang besi yang kehilangan kuncinya..memang xboleh kemana-mana dah..hahahaha,sedar xsedar dah pukul.30 petang.Terasa masa berlalu begitu pantas..Next time cikpetit nak shopping lagi kat J-HUNT (THE MOTTAINAI STORE)ni.Bagi mereka yang ingin berbelanja disini jangan lupa bawa beg shopping sendiri kerana J-HUNT tidak menyediakan plastik bag.Adapun recyecle di J-HUNT kne add RM5,bagus bawa dari rumah la dapat jimat kan.Sekian terima kasih sampai sini je cikpetit nak kongsi dan selamat bershopping di H-HUNT(The Mottainai Store).




2 comments:

M3 Future Healthy Body Care's Adalah Produk Penjagaan Badan yang Selamat Dan Diperbuat Dari 100% Bahan Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang sudi membaca blog cikpetit.Korang pernah dengar produk M3??Kalau korang nak ta...