Wednesday 30 October 2019

KLONGHAE FLOATING MARKET,HATYAI..


Assalamualaikum korang..malam ni cikpetit nak berkongsi pengalaman sepanjang cikpetit berjalan ke pasar terapung atau lebih dikenali sebagai KLONGHAE FLOATING MARKET,Hatyai.



Floating Market ini terkenal dengan syurga makanan yang menyediakan pelbagai jenis makanan traditional Thailand seperti kerabu maggie,pulut mangga,laksa thai,tomyam dan macam-macam lagi.


 Korang  nampak tak semua peniaga menjual makanan mereka menggunakan perahu sebagai tapak.Setiap satu perahu hanya seorang saja penjual.Mungkin inilah sebab kenapa ia dipanggil pasar terapung.



Kebanyakkan penjual disini beragama islam,jadi korang tak perlu risau nak pilih-pilih makanan halal atau tidak. 



Cikpetit sempat mencuba kerabu mangga,dim sum,laksa Thailand,udang tepung dan.Makanan lain tak sempat nak beli sebab tak tahan nak beratur panjang.Penjual seorang je tapi pembeli punyalah ramai sampaikan dah tak nampak apa yang dijual,uhuhu..



Makan dah kenyang,so cikpetit sempat pula singgah bahagian atas pula.Klonghae Floating market ini ada 2 bahagian,yang dibawah menjual makanan dan minuman menggunakan perahu dan bahagian atas pula banyak menjual baju,cenderamata,produk kraftangan,tanaman serta makanan kering dan minuman.


 Cikpetit beli lempeng crunchy mix chocolate dengan harga 35bath sekitar rm5,Kalau diikutkan memang agak mahal tapi tak apa lah,bukan selalu kan tapi memang sedap.Hampir keseluruhan makan yang cikpetit makan sepanjang berada di Hatyai ni tak pernah mengecewakan..memang sedap sangat-sangat.


 Pintu masuk menuju ke Klonghae Floating Market


 Jambatan utama nak ke Floating Market .korang kene berjalan kaki..Kenderaan tak boleh masuk,kene parking kat luar


Okey..selesai sudah alkisahnya cikpetit berjalan ke Klonghae Floating Market.Makanan kat sini memang sedap-sedap.Harga bermula dari 20bath-50bath,tak lah mahal sangat sebenarnya tapi masa cikpetit pergi ni matawang Thailand tengah naik tu yang terasa mahal sikit.hihihih..Nanti cikpetit sambung pula perjalanan cikpetit ke Asean Night Bazaar,sekian terima kasih.


5 comments:

  1. Bestnyaaa. Inilah keunikan floating market kan? Makanan-makanan yang dijual tu MasyaaAllah meleleh air liur tengok! Haha. Nice sharing. Nampak kena plan cuti untuk ke sana jugaklah ni.

    ReplyDelete
  2. Wah! Syiok nyer you dpt shopping Di floating market Hatyai. I haven’t been there. Thank you for sharing your adventure. Take care.

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa!boleh buat wishlist jenjalan & explore hatyai pulak pasni!

    ReplyDelete
  4. Terus craving nak kerabu meggi. Tak pernah pergi sana & merasai suasana di Floating Market. In shaa Allah 1 hari nanti nak ke sana juga

    ReplyDelete
  5. Oo bila cik petit pegi? Saya baru je pergi Hatyai 18-20 Oktober lepas. Cuma belum membuat entry blog pasal Hatyai trip saya tu je lagi. Saya pun sampai ke sini. Cuma satu je saya tengok, deme ni solat tak bila masuk waktu? Harapnya solat lah.. sebab sibuk berniaga tu dengan ramai sgt orangnya. Huhu

    ReplyDelete

M3 Future Healthy Body Care's Adalah Produk Penjagaan Badan yang Selamat Dan Diperbuat Dari 100% Bahan Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang sudi membaca blog cikpetit.Korang pernah dengar produk M3??Kalau korang nak ta...