Showing posts with label HATYAI TRIP. Show all posts
Showing posts with label HATYAI TRIP. Show all posts

Wednesday, 6 November 2019

GREEN INN HOMESTAY FIRDAUS,PADANG BESAR,PERLIS.


Assalamualaikum korang..Korang apa khabar??cikpetit harap korang sentiasa sihat walafiat,aamiin.Harini cikpetit nak berkongsi pengalaman tentang penginapan cikpetit selama 1 malam di Green Inn Homestay Firdaus,Padang Besar,Perlis ini. 


Bila nampak warna hijau pasti sejuk je mata memandang..hihih bagi cikpetit la.Comel je Green Inn ni kan..Kalau korang nak ke Hatyai tapi korang nak bermalam dulu kat Padang Besar korang boleh la menginap dulu kat Green Inn ni,mesti korang seronok sebab suasana kat sini damai je..Belakang homestay ni korang boleh tengok betapa indahnya permandangan dari rooftop homestay ni.


 Green Inn Homestay ada 3 tingkat,2bilik kat ground floor,2bilik tingkat 1 dan satu bilik tingkat 2.Bilik tingkat 2 ini sesuai untuk korang yang ada keluarga besar.So,memang luas la bilik di tingkat 2 ni.Boleh tahan nak berlari la anak-anak korang.hihihihii


 
Waktu Check In and Check Out
Check In :3.00 Petang
Check Out :12.00 Tgh Hari




  


 


Kemudahan yang disediakan termasuklah

  • Aircond
  • Peti Sejuk
  • 1 TV LCD screen bersama channel IPM
  • Seterika dan Board
  • Meja Tulis dan Kerusi
  • Hot Shower Mandian Air Panas
  • Sabun Mandi Dan Syampoo Disediakan
  • Kettle Air Panas,Cawan Dan Sudu
  • FREE Mineral Water Dan Coffee
  • FREE Wifi 
  • Parking Garrage Dihadapan Bilik
  • Tuala
  • Katil Queen/2pax @ Double Queen/4pax



 Siapa yang menginap kat tingkat atas sekali ni korang nampak permandangan dari beranda..cantik sangat.Lagi satu,korang boleh melihat matahari terbit dan juga matahari terbenam kat sini..Syok kan..cikpetit dan kawan-kawan semua teruja.Kepada yang suka bergambar,yang suka cari tempat-tempat cantik untuk berposing di Padang Besar ini lah tempatnya..













Ini pula beranda dari tingkat 1,korang boleh lepak-lepak sambil main buaian gantung ni sambil membawang memang layan habis..sedar tak sedar dah malam,hahaha..nampak sangat kuat membawang kan,hihihih..




Sebelum cikpetit nak checkout sempat lagi cikpetit bergambar di pondok yang comel ni.Terasa berada dizaman dahulu kala pulak.Patut pakai baju kurung kedah dengan kain sarung baru la betul kan..hahaha.Tapi memang best korang menginap di Green Inn Homestay Firdaus ni,dah la murah selesa pulak tu dan semua kemudahan disediakan.Suasana memang betul-betul kampung korang,tak ada pun bunyi kenderaan dan dijamin selamat.





Sebelum balik cikpetit nak fly without wing jap mana tahu betul-betul boleh terbang kan,hahahaha..Penginapan cikpetit kali ni memang best.Lain kali cikpetit nak dayang lagi kesini,Banyak lagi tempat-tempat yang menarik belum cikpetit pergi.Sampai sini jelah perkongsian cikpetit tentang penginapan cikpetit di Green Inn Homestay Firdaus Padang Besar kali ini.Terima kasih sudi membaca blog cikpetit.

 

Alamat

Padang Besar Green Inn 
No 82,Kampung Melayu ,
02100 Padang Besar,
Perlis,Malaysia.

-Arked Niaga 3 Minit (700 meter)
-KTM/ETS Station 8 Minit (1KM)
-Malaysia Border 8 Minit (1KM)

Contact Number
Call or Whatapp
+60135805324

Lokasi Google Maps


Pages

IG

FB Personal

Boleh juga cari di 
Airbnb
Agoda
Etc










Wednesday, 30 October 2019

KLONGHAE FLOATING MARKET,HATYAI..


Assalamualaikum korang..malam ni cikpetit nak berkongsi pengalaman sepanjang cikpetit berjalan ke pasar terapung atau lebih dikenali sebagai KLONGHAE FLOATING MARKET,Hatyai.



Floating Market ini terkenal dengan syurga makanan yang menyediakan pelbagai jenis makanan traditional Thailand seperti kerabu maggie,pulut mangga,laksa thai,tomyam dan macam-macam lagi.


 Korang  nampak tak semua peniaga menjual makanan mereka menggunakan perahu sebagai tapak.Setiap satu perahu hanya seorang saja penjual.Mungkin inilah sebab kenapa ia dipanggil pasar terapung.



Kebanyakkan penjual disini beragama islam,jadi korang tak perlu risau nak pilih-pilih makanan halal atau tidak. 



Cikpetit sempat mencuba kerabu mangga,dim sum,laksa Thailand,udang tepung dan.Makanan lain tak sempat nak beli sebab tak tahan nak beratur panjang.Penjual seorang je tapi pembeli punyalah ramai sampaikan dah tak nampak apa yang dijual,uhuhu..



Makan dah kenyang,so cikpetit sempat pula singgah bahagian atas pula.Klonghae Floating market ini ada 2 bahagian,yang dibawah menjual makanan dan minuman menggunakan perahu dan bahagian atas pula banyak menjual baju,cenderamata,produk kraftangan,tanaman serta makanan kering dan minuman.


 Cikpetit beli lempeng crunchy mix chocolate dengan harga 35bath sekitar rm5,Kalau diikutkan memang agak mahal tapi tak apa lah,bukan selalu kan tapi memang sedap.Hampir keseluruhan makan yang cikpetit makan sepanjang berada di Hatyai ni tak pernah mengecewakan..memang sedap sangat-sangat.


 Pintu masuk menuju ke Klonghae Floating Market


 Jambatan utama nak ke Floating Market .korang kene berjalan kaki..Kenderaan tak boleh masuk,kene parking kat luar


Okey..selesai sudah alkisahnya cikpetit berjalan ke Klonghae Floating Market.Makanan kat sini memang sedap-sedap.Harga bermula dari 20bath-50bath,tak lah mahal sangat sebenarnya tapi masa cikpetit pergi ni matawang Thailand tengah naik tu yang terasa mahal sikit.hihihih..Nanti cikpetit sambung pula perjalanan cikpetit ke Asean Night Bazaar,sekian terima kasih.


M3 Future Healthy Body Care's Adalah Produk Penjagaan Badan yang Selamat Dan Diperbuat Dari 100% Bahan Organik

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang sudi membaca blog cikpetit.Korang pernah dengar produk M3??Kalau korang nak ta...